Ahad, 16 Januari 2011

Jangan Biadab Kepada Ibu/bapa


Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah yang anak-anak derhaka yang sanggup membuangkan bapa mereka yang telah dimamah usia sehingga terpaksa merempat meminta belas ihsan orang lain.

Dalam kes yang pertama seorang bapa yang baru sahaja menjalani pembedahan jantung ditinggalkan di sebuah perhentian bas kerana dikatakan kehadirannya tidak disukai oleh isteri anaknya lalu kewujudan beliau dirumah boleh menjejaskan keharmonian rumahtangga mereka.

Dalam kes kedua pula seorang bapa yang sedang mengidap penyakit buah pinggang kronik dianggap sebagai beban bagi anak-anak kerana perlu menghantar bapa mereka ke pusat hemodialisis lalu ditinggalkan bapanya yang sedang sakit itu dipusat tersebut.

Maka tercampaklah kedua-dua bapa yang suatu ketika dulu telah bertungkus-lumus membanting tulang untuk membesarkan anak-anak mereka di rumah orang-orang tua Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Apa yang lebih mendukacitakan sifat tidak berperikemanusiaan ini timbul dari kalangan mereka yang mengaku sebagai orang Islam sedangkan Islam telah mencela dengan keras perbuatan seumpama ini. Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?” Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah.” Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 2654

Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibubapa ini diletakkan dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah S.W.T. iaitu dosa yang paling keji di atas muka bumi ini.

Di sisi lain Allah S.W.T. berfirman: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.” – al-Nisaa’ (4) : 36

Di dalam ayat ini setelah Allah memerintahkan hamba-Nya untuk mengtauhidkan-Nya dan mengerjakan ibadat kepada-Nya, Allah S.W.T turut menyuruh hamba-hamba-Nya agar menjaga kedua ibubapa mereka dengan baik.

Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi dia tidak berbuat baik kepada orang tuanya.
Keredhaan Allah S.W.T terhadap hamba-Nya juga bergantung kepada bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibubapanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1821.

Menerusi hadis ini dapat kita fahami bahawa hubungan seseorang insan itu dengan Allah S.W.T. akan terjejas sekiranya dia menderhaka kepada ibubapanya. Sikap kurang ajar seorang anak kepada ibubapa bakal mengundang kemurkaan Allah S.W.T. sehingga Allah tidak lagi meredhai anak tersebut.

Justeru Islam telah mengajar penganutnya agar sentiasa berusaha untuk menggembirakan ibubapa lebih-lebih lagi yang telah lanjut usianya dengan apa jua cara selagimana ia tidak bercanggah dengan syarak. Islam melarang seseorang itu sama sekali untuk bersikap kasar kepada ibubapanya.

Firman-Nya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).


Menjaga ibubapa yang sudah tua memang bukan satu urusan yang mudah. Kebiasaanya tubuh yang telah dimamah usia menyebabkan pergerakan mereka terbatas bahkan adakalanya memerlukan bantuan daripada anak-anak. Jiwa mereka juga semakin sensitif, kuat terasa hati, bahkan agak cerewet dalam banyak perkara. Ada juga yang telah mula lemah daya ingatannya menyebabkan perbualan dengan mereka adakalanya boleh menyebabkan seseorang anak itu hilang sabar.

Namun kesukaran dalam menjaga ibubapa ini tidak datang dengan sia-sia. Bagi mereka yang sabar dengan kerenah ibubapa mereka dan tetap menjaga mereka dengan baik dalam apa jua suasana maka mereka sebenar telah menempah tiket untuk ke syurga. Rasulullah s.a.w. pernah mencela bagi mereka yang memiliki ibubapa yang telah lanjut usia mereka namun masih tidak mampu untuk memasuki syurga.

Baginda pernah bersabda: “Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!” Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab: “Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 2551

Kedudukan istimewa seorang ayah dan ibu itu semakin terserlah apabila Rasulullah s.a.w tidak membenarkan seseorang itu melaksanakan satu misi yang besar lagi penting dalam urusan dakwah sekiranya ia bakal mengundang kesedihan kepada ibubapanya atau tidak mendapat keizinan dari mereka.

Ketika peristiwa hijrah terdapat seorang sahabat yang telah datang kepada baginda dengan memberi taat setia (bai’ah) untuk turut berhijrah namun perbuatannya ini telah menyebabkan kedua ibubapanya menangis. Maka rasulullah s.a.w. bersabda kepadanya: “Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.” – Hadis riwayat Imam al-Nasaa’i di dalam Sunannya, no: 4093.

Di dalam peristiwa yang lain seorang lelaki dari Yaman telah berhijrah kepada Rasulullah s.a.w. untuk berjihad bersama baginda namun apabila baginda mendapati dia belum mendapat keizinan daripada kedua ibubapanya maka baginda bersabda: “Kembalilah kepada mereka berdua dan mintalah izin daripada mereka berdua. Jika mereka mengizinkan kau maka berjihadlah akan tetapi (jika tidak) maka berbuat baiklah kepada mereka berdua.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya. no : 2168. Lihatlah bagaimana berbakti kepada ibubapa itu lebih utama berbanding dua perkara yang begitu penting dalam Islam iaitu peristiwa hijrah dan juga jihad.

Berhati-hatilah bagi anak-anak yang pernah melukakan hati kedua orang tua mereka. Janganlah tindakan mereka itu sehingga menyebabkan ibu mahupun bapa mereka mendoakan keburukan terhadap anak-anak mereka kerana doa mereka yang telah dizalimi dan doa ibubapa itu pasti makbul. Rasulullah pernah bersabda: “Tiga jenis doa yang pasti akan dikabul tanpa diragui lagi, doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 1828.

Sikap biadap kepada ibubapa ini turut bertentangan dengan budaya orang Melayu yang terkenal dengan tatasusila yang tinggi serta lemah lembut. Entah mana silapnya sifat jelik menghina dan membuang bapa sehingga merempat di tepi jalan ini boleh wujud di tengah-tengah masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penduduk sekeliling perlu menghukum mereka yang menzalimi orang tua mereka dengan memboikot mereka dalam urusan harian agar mereka tahu perbuatan mereka itu tidak diterima oleh masyarakat. Jangan kita berlembut dengan si penderhaka yang tidak tahu mengenang jasa orang tuanya itu. Sekiranya terhadap bapanya yang telah membesarkannya sanggup dizalimi, apakah yang menghindarkannya dari menzalimi jiran tetangga?

Secara realitinya setiap manusia sememangnya tidak boleh lari dari melakukan kesilapan namun hendaklah seseorang itu menebus apa jua kesilapannya dengan tidak meneruskan perbuatan tersebut serta bertaubat. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Setiap anak adam itu sering berbuat ksilapan dan sebaik-baik orang yang selalu berbuat kesilapan adalah orang-orang yang suka bertaubat." – Hadis riwayat al-Tirmidzi di dalam Sunannya, no: 2423.

Sehubungan dengan itu bagi mereka yang telah menderhaka kepada orang tua mereka, hendaklah kembali ke pangkal jalan. Bertaubatlah dengan segera kerana Allah sentiasa menerima taubat hamba-hambanya-Nya walau sebesar mana dosa mereka selagi tidak melakukan perbuatan syirik. Segeralah memohon keampunan kepada ibubapa yang telah dizalimi itu dan jangan ulangi kesilapan yang lalu. Kembalikankan mereka kepangkuan keluarga, jagalah mereka dengan baik dan jangan biarkan mereka terus bersedih di rumah orang-orang tua seolah-olah mereka ini tiada zuriat yang bertanggung-jawab atas hal ehwal mereka.

Siapakah Tuhan Kamu ?


Kebanyakan manusia menjadi marah apabila mendengar soalan ini. "Apa yang kamu maksudkan, 'Siapa tuhan kamu?'" "Tuhanku adalah Pencipta bagi sekelian cekrawala dan bumi." Dan kebanyakan manusia ini akan terperanjat apabila mendapat tahu yang pengumuman mereka itu yang tuhan mereka adalah Pencipta bagi sekelian cekrawala dan bumi, tidak lain hanyalah ucapan dibibir saja, dan sebenarnya destini mereka ada Neraka (12:106).

Tuhan kamu adalah siapa saja ataupun apa saja yang menguasai minda mindakamu disetiap waktu.

Tuhan kamu boleh jadi anak anak kamu (7:190), pasangan kamu (9:24) dan perniagaan (18:35) ataupun ego kamu (24:43). Sebab itulah kami memberitahukan yang satu dari perintah yang paling mustahak dan diulang ulang didalam Quran adalah:

Wahai orang orang yang percaya, kamu mestilah sentiasa mengingat Allah;memujiNya siang dan malam. [33:41]

Untuk menjadikan perintah perintah kepada amalan harian, kita mestilah memantapkan sesuatu kebiasaan dengan bertekad untuk mengingati Allah sebanyak mungkin didalam minda minda kita. Quran telah menolong kita memantapkan roh yang sedemikian sebagai kebiasaan harian kita:

1.Mengerjakan Sembahyang (Salat): Orang orang yang mengerjakan sembahyang 5 waktu sehari dapat menolong diri diri mereka untuk mengingati Allah dengan mendapatkan bahagian yang istimewa kerana memenuhi masa masa mereka dengan mengingati Allah. Salat telah menolong mereka mengingat Allah bukan saja hanya beberapa minit dalam sembahyang bahkan melalui semua masa dalam kita menjalani proses untuk bersembahyang. Pada 11:00 A.M, seorang akan sebuk melihat waktu sama ada masa sembahyang Zuhur sudah tiba. Perbuatan begini telah menjadikan seorang itu mengingati Allah, dan orang itu akan diberikan kredit mengikut perilakunya (20:14).

2. Mengingati Allah sebelum Makan: Ayat 6:121 menyuruh kita supaya menyebut nama Allah sebelum makan: "Kamu mestilah jangan memakan makanan yang nama Allah tidak disebutkan."

3. Kehendak Allah (IN SHA ALLAH): "Kamu mesti jangan berkata, ' Aku akan melakukan ini ataupun itu besok,' dengan tidak mengatakan, "Dengan izin Allah."* (Insha Allah). Jika kamu terlupa melakukan ini, kamu mestilah dengan segera mengingati Tuhan kamu dan berkata, "Semoga Tuhanku membimbingku melakukan lebih baik lagi dimasa yang lain." [18:24]. Ini adalah perintah yang mesti kita lakukan, biarpun dengan siapa kita berbicara.

4. Anugerah Allah (MAA SHAA ALLAH): Untuk mendapatkan perlindungi Allah dengan barang barang yang kita cintai - anak anak kita, kereta kereta kita, rumah rumah kita dll, kita telah diajarkan untuk berkata 18:39 "MAA SHAA ALLAH" (Ini adalah anugerah Allah).

5. Memuji Allah siang dan malam: Apabila kita memakan sesuatu janganlah bertabi'at seperti binatang; Kita mestilah membayangkan makanan makanan yang dicipta oleh Allah yang membolehkan kita memakannya - tepung, kenikmatan perasa yang Allah berikan kepada kita, bahan bungkusan yang sempurna bagi pisang dan limau, dan bermacam macam makanan laut yang dicipta oleh Allah dll, - dan memujiNya apabila kita menikmati segala peruntukan peruntukan dariNya. Apabila kita melihat bunga bunga yang cantik ataupun binatang binatang, ataupun matahari terbenam, mestilah kita mensyukuri Allah diatas pemberianNya. Kita mestilah mencari setiap peluang untuk mengingati dan memuji Allah, supaya Allah Sahajalah yang kita ingati dan hanya Dia sahaja yang akan menjadi Tuhan kita.

6. Ucapan yang pertama: Jadikan kebiasaan dengan mengatakan: "Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Tidak ada tuhan yang lain disamping Allah," Apabila saja kamu bangun disetiap pagi. Jika kamu memantapkan kebiasaan yang baik ini, inilah yang akan kamu ucapkan apabila kamu dibangkitkan dihari Kebangkitan kelak.

Jangan Sampai Tinggalkan Solat Lima Waktu!


Tak kenal maka tak sayang. Peribahasa ini nampaknya menjadi sebab utama, kenapa banyak dari kaum muslimin tidak mengerjakan shalat. Tak usah jauh-jauh untuk melaksanakan sholat sunnah, sholat 5 waktu yang wajib saja mereka tidak kerjakan padahal cukup 10 menit waktu yang diperlukan untuk melaksanakan shalat dengan khusyuk. Bukan sesuatu yang mengherankan, banyak kaum muslimin bekerja banting tulang sejak matahari terbit hingga terbenam. Pertanyaannya, kenapa mereka melakukan hal itu? Karena mereka mengetahui bahwa hidup perlu makan, makan perlu uang, dan uang hanya didapat jika bekerja. Karena mereka mengetahui keutamaan bekerja keras, maka mereka pun melakukannya. Oleh karena itu, dalam tulisan yang singkat ini, kami akan mengemukakan pembahasan keutamaan shalat lima waktu dan hukum meninggalkannya. Semoga dengan sedikit goresan tinta ini dapat memotivasi kaum muslimin sekalian untuk selalu memperhatikan rukun Islam yang teramat mulia ini.

Kedudukan Shalat dalam Islam

Shalat memiliki kedudukan yang agung dalam islam. Kita dapat melihat keutamaan shalat tersebut dalam beberapa point berikut ini[1].

1) Shalat adalah kewajiban paling utama setelah dua kalimat syahadat dan merupakan salah satu rukun islam

Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda, “Islam itu dibangun di atas lima perkara, yaitu: bersaksi bahwa tiada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitulloh, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”[2]

2) Shalat merupakan pembeda antara muslim dan kafir

Rasulullah shallallahu alaihi wa salam bersabda, “Sesungguhnya batasan antara seseorang dengan kekafiran dan kesyirikan adalah shalat. Barangsiapa meninggalkan shalat, maka ia kafir” [3]. Salah seorang tabi’in bernama Abdullah bin Syaqiq rahimahullah berkata, “Dulu para shahabat Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah pernah menganggap suatu amal yang apabila ditinggalkan menyebabkan kafir kecuali shalat.”[4]

3) Shalat adalah tiang agama dan agama seseorang tidak tegak kecuali dengan menegakkan shalat

Diriwayatkan dari Mu’adz bin Jabal, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ”Inti (pokok) segala perkara adalah Islam dan tiangnya (penopangnya) adalah shalat.”[5]

4) Amalan yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya amal hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat adalah shalatnya. Apabila shalatnya baik, dia akan mendapatkan keberuntungan dan keselamatan. Apabila shalatnya rusak, dia akan menyesal dan merugi. Jika ada yang kurang dari shalat wajibnya, Allah Tabaroka wa Ta’ala mengatakan,’Lihatlah apakah pada hamba tersebut memiliki amalan shalat sunnah?’ Maka shalat sunnah tersebut akan menyempurnakan shalat wajibnya yang kurang. Begitu juga amalan lainnya seperti itu.” Dalam riwayat lainnya, ”Kemudian zakat akan (diperhitungkan) seperti itu. Kemudian amalan lainnya akan dihisab seperti itu pula.”[6]

5) Shalat merupakan Penjaga Darah dan Harta Seseorang

Rasulullah shalallahu alaihi wa salam bersabda, ”Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka mau mengucapkan laa ilaaha illalloh (Tiada sesembahan yang haq kecuali Allah), menegakkan shalat, dan membayar zakat. Apabila mereka telah melakukan semua itu, berarti mereka telah memelihara harta dan jiwanya dariku kecuali ada alasan yang hak menurut Islam (bagiku untuk memerangi mereka) dan kelak perhitungannya terserah kepada Allah Ta’ala.”[7]

Keutamaan Mengerjakan Shalat 5 waktu

Shalat memiliki keutamaan-keutamaan berupa pahala, ampunan dan berbagai keuntungan yang Allah sediakan bagi orang yang menegakkan sholat dan rukun-rukunnnya dan lebih utama lagi apabila sunnah-sunnah sholat 5 waktu dikerjakan, diantara keutamaan-keutamaan tersebut adalah:

1) Mendapatkan cinta dan ridho Allah

Orang yang mengerjakan shalat berarti menjalankan perintah Allah, maka ia pantas mendapatkan cinta dan keridhoan Allah. Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Katakanlah (wahai muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah Aku, niscaya Allah mencintai dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Ali Imran: 31)

2) Selamat dari api neraka dan masuk kedalam surga

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan Barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, Maka Sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (QS. Al Ahzab: 71). Syaikh Abu Bakr Jabir Al Jazairi Rahimahullahu ta’ala berkata, “Yang dimaksud dengan kemenangan dalam ayat ini adalah selamat dari api neraka dan masuk kedalam surga”[8]. Dan melaksanakan sholat termasuk mentaati Allah dan Rasul-Nya.

3) Pewaris surga Firdaus dan kekal di dalamnya

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Sungguh beruntung orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memelihara sholatnya mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya.” (QS. Al Mu’minun: 1-11)

4) Pelaku shalat disifati sebagai seorang muslim yang beriman dan bertaqwa

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.” (QS. Al Baqarah: 2-3)

5) Akan mendapat ampunan dan pahala yang besar dari Allah

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mu’min, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam keta’atannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyu’, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, ampunan dan pahala yang besar.” (QS. Al Ahzab: 35)

6) Shalat tempat meminta pertolongan kepada Allah sekaligus ciri orang yang khusyuk

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.” (QS. Al Baqarah: 45)

7) Shalat mencegah hamba dari Perbuatan Keji dan Mungkar

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, Yaitu Al kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan Sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (QS. Al Ankabut: 45)

Hukum Meninggalkan Shalat

Di awal telah dijelaskan bahwa shalat merupakan tiang agama dan merupakan pembeda antara muslim dan kafir. Lalu bagaimanakah hukum meninggalkan shalat itu sendiri, apakah membuat seseorang itu kafir?

Perlu diketahui, para ulama telah sepakat (baca: ijma’) bahwa dosa meninggalkan shalat lima waktu lebih besar dari dosa-dosa besar lainnya. Ibnu Qayyim Al Jauziyah –rahimahullah- mengatakan, ”Kaum muslimin bersepakat bahwa meninggalkan shalat lima waktu dengan sengaja adalah dosa besar yang paling besar dan dosanya lebih besar dari dosa membunuh, merampas harta orang lain, berzina, mencuri, dan minum minuman keras. Orang yang meninggalkannya akan mendapat hukuman dan kemurkaan Allah serta mendapatkan kehinaan di dunia dan akhirat.”[9]

Adapun berbagai kasus orang yang meninggalkan shalat, kami dapat rinci sebagai berikut:

Kasus pertama: Meninggalkan shalat dengan mengingkari kewajibannya sebagaimana mungkin perkataan sebagian orang, ‘Sholat oleh, ora sholat oleh.’ [Kalau mau shalat boleh-boleh saja, tidak shalat juga tidak apa-apa]. Jika hal ini dilakukan dalam rangka mengingkari hukum wajibnya shalat, orang semacam ini dihukumi kafir tanpa ada perselisihan di antara para ulama.

Kasus kedua: Meninggalkan shalat dengan menganggap gampang dan tidak pernah melaksanakannya. Bahkan ketika diajak untuk melaksanakannya, malah enggan. Maka orang semacam ini berlaku hadits-hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang menunjukkan kafirnya orang yang meninggalkan shalat. Inilah pendapat Imam Ahmad, Ishaq, mayoritas ulama salaf dari shahabat dan tabi’in. Contoh hadits mengenai masalah ini adalah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah shalat. Barangsiapa meninggalkannya maka dia telah kafir.”[10]

Kasus ketiga: Tidak rutin dalam melaksanakan shalat yaitu kadang shalat dan kadang tidak. Maka dia masih dihukumi muslim secara zhohir (yang nampak pada dirinya) dan tidak kafir. Inilah pendapat Ishaq bin Rohuwyah yaitu hendaklah bersikap lemah lembut terhadap orang semacam ini hingga dia kembali ke jalan yang benar. Wal ‘ibroh bilkhotimah (Hukuman baginya dilihat dari keadaan akhir hidupnya).[11]

Kasus keempat: Meninggalkan shalat dan tidak mengetahui bahwa meninggalkan shalat membuat orang kafir. Maka hukum bagi orang semacam ini adalah sebagaimana orang jahil (bodoh). Orang ini tidaklah dikafirkan disebabkan adanya kejahilan pada dirinya yang dinilai sebagai faktor penghalang untuk mendapatkan hukuman.

Kasus kelima: Mengerjakan shalat hingga keluar waktunya. Dia selalu rutin dalam melaksanakannya, namun sering mengerjakan di luar waktunya. Maka orang semacam ini tidaklah kafir, namun dia berdosa dan perbuatan ini sangat tercela sebagaimana Allah berfirman (yang artinya), “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya.” (QS. Al Maa’un [107] : 4-5)[12]

Nasehat Berharga: Jangan Tinggalkan Solatmu!

Lapangan amal di Pariaman


Hadir ke Pariaman, Padang, Sumatera Barat merupakan peluang yang sangat baik untuk melaksanakan kerja-kerja amal dan sukarela. Perjalanan dengan pesawat AirAsia tidaklah lama kerana mengambil masa satu jam 10 minit.

Menjejakkan kaki di lapangan terbang Padang adalah pengalaman yang menyeronokkan. Urusan imigresen juga lancar dan tidak sibuk. Kawasan lapangan yang kecil memudahkan pelancong atau pelawat melihat suasana persekitaran lapangan yang berlatarbelakangkan bukit tinggi di pedalaman. Saya disambut oleh rakan-rakan yang sedang menunggu di situ dan kami beredar ke sebuah restoran masakan Padang kira-kira sepuluh minit perjalanan. Kali pertama merasa masakan Padang, ternyata pedas.

Perjalanan dari lapangan terbang ke Pariaman mengambil masa satu jam melalui kawasan bersawah padi. Suasana sekitar sangat mendamaikan kerana dipenuhi pemandangan sawah dan pohon kelapa. Rumah-rumah agak kecil dan terdapat kesan-kesan runtuhan di sana-sini. Keadaan jalan raya hanya muat untuk kenderaan yang bersaiz kecil seperti mini van dan kereta. Lori dan bas dikira agak besar. Tidak banyak lampu isyarat di persimpangan jalan tetapi perjalanan kenderaannya sentiasa lancar. Seperti juga di Malaysia, sesetengah pengguna jalan raya tidak mempedulikan lampu isyarat merah.

Pariaman popular dengan motosikal yang menjadi nadi pengangkutan malah dijadikan ‘teksi’ untuk membawa orang ramai dengan sedikit bayaran. Jadi, tidak hairanlah jalan raya bersimpang-siur dengan motosikal, mini van, be-mo dan bendi (kereta kuda).

Penduduk Pariaman merupakan suku Minangkabau yang rata-ratanya beragama Islam. Mereka bertutur dialek daerah yang ada penambahan ‘a’ dalam beberapa ayat seperti pening menjadi ‘paniang’, anjing menjadi ‘anjiang’. Terdapat juga perkataan yang memiliki maksud yang terbalik seperti ‘awak’ bermaksud ‘saya’. Dialek lain ialah Bukittinggi, Pesisir Selatan dan Payakumbuh.

Institusi agama Islam dilihat subur di sini. Setiap kilometer pasti terdapat surau, masjid atau musolla di pinggir jalan. Di Kampung Baru misalnya, setiap simpang jalan terdapat rumah ibadat ini dan keadaannya lebih terserlah apabila azan subuh dilaungkan. Ia seolah-olah sahut-menyahut antara satu masjid dengan masjid yang lain.

Syiar Islam di Pariaman nampak jelas dan masyarakatnya berbangga dengan kehadiran tetamu yang singgah di masjid mereka. Suasana dalam masjid sama seperti masjid di negara kita cuma kain pemisah di antara jemaah lelaki dan perempuan berbeza iaitu empat lima saf dari imam. Kedudukan ini nampak tidak seimbang. Tambahan pula ketinggian kain pemisah yang rendah membolehkan jemaah lelaki melihat saf-saf jemaah wanita apabila memasuki ruang solat.

Kawasan masjid agak sempit untuk didirikan sekolah agama atau kiosk berniaga. Jadi, masjid tidak diinstitusikan sebagai pusat komuniti setempat. Ia hanya menjadi tempat untuk bersolat dan berkuliah agama.

Kesedaran terhadap kewajipan menjaga aurat ketika membuang air besar atau air kecil juga didapati rendah dalam kalangan jemaah. Sesetengah masjid hanya menyediakan satu tandas, itu pun dengan keadaan pintu tandas separas dada orang dewasa. Jika ada di antara kita yang meninjau keadaan tandas tersebut pasti ternampak ada orang sedang bertenggek di dalamnya. Bilik untuk buang air kecil mudah terdedah pada pandangan awam kerana ruangnya yang terbuka.

Keadaan masjid yang sebegini memberi gambaran kepada kita betapa masyarakat di sini masih jauh daripada mengamalkan adab dan akhlak dalam Islam. Hal-hal yang bersangkut-paut dengan konsep ‘Islam yang syumul’ tidak dipraktikkan sepenuhnya menyebabkan masyarakat berada dalam kejahilan.

Sepanjang jalan, rumah-rumah yang didiami adalah bersaiz kecil dan di sisi rumah biasanya ada sebuah gerai kecil untuk berniaga. Lumrah orang susah, penduduk Pariaman bijak berdikari walaupun hanya menjual jus buah atau minuman panas. Bagi yang memiliki sumber kewangan yang lebih sedikit, mereka menjual minyak petrol, makanan bergoreng, membuka warung kopi dan kedai gunting rambut (atau dipanggil ‘pangkas rambut’ di sini). Di pinggir-pinggir jalan terdapat deretan peniaga yang menjual hasil-hasil pertanian seperti ubi sengkuang, durian, jagung, ubi kayu dan sayur-sayuran.

Kemahiran memasak adalah pelaburan paling menguntungkan di sini. Tempat-tempat strategik di Pariaman dapat memberi rezeki yang berganda. Terapat banyak jenis masakan yang diusahakan seperti peche-lele, murtabak Mesir, murtabak Bandung atau roti bakar. Jika tidak pun boleh menjual jus buah-buahan yang dikendalikan dari kereta sorong sahaja. Oleh kerana ramai yang berniaga, banyak gerai segera muncul di sebelah malam dengan beraneka jenis masakan.

Fenomena umum di Pariaman ialah anak-anak muda tidak segan silu menolak kereta sorong mereka untuk menjual jus buah-buahan di pasar atau menjunjung talam menjual kuih-muih. Justeru kita lihat anak-anak muda yang berusia 20-an sedang menguruskan bisnes kecil mereka dengan menjual jus pokat, jambu merah atau mangga. Bagaimanapun bagi pelancong luar, kita wajar berhati-hati memilih gerai-gerai seperti ini kerana aspek kebersihan kurang diberi tumpuan. Ada di antara peniaga ini yang berkuku panjang, rambut panjang mengurai, memakai alas Jepun dan pakaian yang tidak kemas.

Melihat keadaan seperti itu ada yang beranggapan selagi tidak sakit perut, tempat makanan yang berkenaan dikira sebagai bersih. Walau bagaimanapun keadaan presmis di pekan Padang adalah lebih bersih berbanding di Pariaman.

Masakan Padang sangat mudah didapati dan ada di mana-mana. Sebaik melangkah masuk dan duduk di dalam restoran atau rumah makan, tetamu akan dihidangkan enam hingga sepuluh jenis masakan yang semuanya pedas. Bagi pengunjung luar, jangka masa tiga hari adalah tempoh yang paling lama untuk makan masakan Padang kerana hari keempat mereka sudah mula mencari serunding atau mee sup. Bagi yang tidak tahan dengan masakan pedas, barangkali mereka boleh mendapat buasir. Dalam masakan Padang, hanya lauk yang dimakan akan dikira. Contohnya, jika dihidangkan sepuluh jenis lauk dan kita makan empat lauk sahaja, harga empat lauk itu sahaja yang dikenakan bayaran, yang lainnya akan diambil semula.

Keunikan tradisi masakan Padang juga menarik. Pelanggan diberi sebuah mangkuk kecil untuk mencuci tangan. Setiap orang mendapat mangkuk ini. Walaupun ada sinki untuk mencuci tangan, tradisi ini masih dikekalkan. Namun, bagi penggemar teh tarik, minta maaf- di sini tidak ada teh tarik, yang ada hanya teh telor!

Keadaan sosial dan budaya masyarakat Minangkabau di Pariaman memberi gambaran jelas betapa mereka masih lagi dalam keadaan trauma dan sedih di atas kejadian gempa yang berlaku pada September tahun lepas. Kanak-kanak hilang tempat untuk belajar kerana bangunan sekolah tidak selamat. Mereka juga mudah mendapat sakit gatal-gatal pada kulit kerana tidak mendapat bekalan air bersih. Bagi orang dewasa, kejadian gempa mempengaruhi perkembangan psikologi mereka- risau kalau-kalau gempa akan berlaku lagi. Dari segi kesihatan, kebanyakan orang dewasa mengalami masalah pening kepala, mata berair dan rheumatik.

Di kawasan kampung masih terdapat kepercayaan terhadap larangan memakan ikan di sungai. Khurafat seperti ini telah berakar umbi dalam fikiran masyarakat dan ia menunjukkan amalan agama Islam masih kurang difahami. Anak-anak muda dilihat mengendong anjing di atas motosikal dan membawa anjing bersiar-siar di kawasan kampung. Keadaan ini sangat janggal kerana seratus peratus penduduk Pariaman beragama Islam sama ada di pekan ataupun kampung.

Berada di Pariaman dan melihat masyarakatnya seolah-olah kembali ke era 60-an atau 70-an. Dengan keadaan masyarakat yang hidup miskin dan rumah yang dhaif, banyak lagi usaha pembangunan yang perlu dilakukan oleh pemerintah Indonesia. Selain itu masyarakat juga perlu dididik untuk mementingkan kebersihan, membina lebih banyak tandas awam (kerana ada yang membuang air besar di tepi sungai di bandar Padang tanpa rasa malu), memikirkan tempat untuk masyarakat melakukan aktiviti di sebelah malam (kerana ramai duduk lepak-lepak sambil bermain terup) dan melibatkan anak-anak muda dalam aktiviti ekonomi.

Selain itu kesedaran masyarakat Islam terhadap amalan menutup aurat juga rendah. Ramai wanita dan anak gadis yang memilih untuk memakai pakaian yang ringkas seperti t-shirt dan seluar pendek ketika keluar dari rumah. Wanita dewasa pula dilihat memakai tudung.

Peranan pertubuhan kerajaan dari luar negara dapat membantu pemerintah memberi khidmat kesihatan kepada penduduk luar bandar khususnya di pedalaman. Ini kerana kebanyakan penduduk di kawasan itu jarang mendapat rawatan di pusat kesihatan kerana jauh dari bandar dan kos pengangkutan yang tinggi. Oleh kerana ramai dalam kalangan orang dewasa yang rabun, pemberian kaca mata dapat membantu penglihatan mereka.

Pelajar-pelajar sekolah memiliki kemahiran membaca yang baik tetapi kelihatan kurus kerana kurang mengambil makanan berzat. Justeru menaja susu atau makanan percuma dapat membantu mereka belajar dengan lebih baik. Kursus-kursus bersifat membina diri juga sangat berkesan untuk membantu para pelajar merencana semula hidup mereka supaya menjadi katalis kepada perubahan hidup dalam keluarga.

Selepas gempa, Pariaman perlukan penglibatan masyarakat Islam seluruh dunia dan khasnya Malaysia. Gempa bumi akan berlaku lagi pada bila-bila masa dan keadaannya mungkin lebih teruk. Semoga Allah swt merahmati penduduk Pariaman.

Islam dan Minangkabau



Pembicaraan mengenai Islam dan Minangkabau memang terkadang tidak habis-habisnya dibahas.Beberapa pertanyaan sering menggelitik dalam pikiran orang ketika mengkaitkan antara Islam dan Minangkabau. Diantaranya mungkin adalah mengenai kenapa masyarakat Minangkabau yang terkenal teguh memegang ajaran Islam terkadang untuk beberapa hal yang tidak prinsipal memiliki kecenderungan yang berbeda dengan kecenderungan yang dianjurkan oleh Islam.

Sebut saja misalnya yang terkenal adalah mengenai sistem kekerabatan Matrilineal Minangkabau. Adat Minangkabau memakai sistem kekerabatan Matrilineal dimana garis keturunan seseorang ditarik dari garis ibunya. Sementara itu Islam berpaham sistem kekerabatan Patrilineal, yaitu seorang anak dilihat keturunannya dari pihak bapaknya.
Ada teori yang menyatakan kalau sistem matrilineal akan lambat laun terhapuskan seiring dengan menguatnya Islam di Minangkabau. Akan tetapi ternyata tidak terbukti sampai sekarang. Sistem matrilineal masih dipegang erat oleh masyarakat Minangkabau baik didaerah Minangkabau atau di daerah rantau. Kemudian juga, sistem pembagian harta pusaka yang jatuh kepada kemenakan perempuan dari sebuah rumah gadang, bukan kepada anak laki-laki, dsb.

Mengurai penyebab kenapa hal ini bisa terjadi berarti kita harus menyingkap faktor utama yang berperan dalam proses perkembangan Islam di Minangkabau. Hal ini berarti menggali kembali periode-periode perkembangan Islam di Minangkabau, konflik-konflik yang mungkin terjadi antara adat dan agama karena masuknya Islam ke Minangkabau, serta metoda dakwah Islam di Minangkabau yang menyebabkan kondisi sosial masyarakat Minangkabau yang agamis-adatis seperti sekarang ini. Mau tak mau untuk mendapatkan informasi diatas, kita harus menelusuri kembali sejarah dan periode perkembangan Islam di Minangkabau.

Kalau kita berbicara mengenai periode perkembangan Islam di Minangkabau, maka dapat dibagi 3 masa, yaitu :
- masa pertama : Islam pertama kali masuk ke Minangkabau sampai masa kembalinya kaum ulama Muda dari Makkah yang membawa paham Wahhabi.
- masa kedua : masa pemurnian syariat oleh kaum ulama Muda sampai sebelum perang Paderi.
- masa ketiga : masa setelah perang Paderi yang banyak diisi oleh perkembangan cara berpikir ttg dakwah Islam.

Secara umum, perkembangan Islam pada masa pertama banyak diisi dengan pengajaran ilmu-ilmu tarekat, kesufian, dan tidak terlalu menfokuskan pada penerapan syariat, ibadah, fiqih dsb.

Sedangkan masa kedua, dimulai dengan pergerakan ulama-ulama Muda Minangkabau yang baru kembali dari Makkah dan membawa paham Wahhabi dalam gerakannya. Terjadi pergeseran orientasi pengajaran Islam di masa ini, yaitu dari ilmu-ilmu tarekat menjadi pengajaran ilmu-ilmu fiqih, mantiq, dll dengan tujuan untuk memurnikan praktek ajaran Islam dan menghilangkan sikap taqlid masyarakat terhadap ulama-ulama tarekat pada saat itu. Semenjak itu mulai terjadi pertentangan dan konflik yang cukup tajam antara pihak ulama dengan pihak adat, terutama karena usaha keras kaum agama untuk memurnikan masyarakat Minangkabau dari praktek-praktek kemasyarakatan yang dilarang oleh agama. Selain itu juga terjadi pertentangan juga antara pihak Ulama kaum muda dengan kaum Tua, terutama karena usaha kaum ulama Muda yang mendidik masyarakat Minangkabau untuk tidak taqlid dalam menerima dakwah Islam dan mulai mengecam cara-cara tradisional dalam penerapan dan dakwah Islam di Minangkabau.

Sementara masa ketiga, diisi dengan gerakan-gerakan Islam yang menggunakan cara-cara modern dalam dakwah seperti media, sekolah, serikat usaha dalam mengubah cara pikir masyarakat Minangkabau dalam menerima ajaran Islam agar lebih rasional dan dengan menyandarkan kepada dasar ilmu yang cukup.

Sebagai pendahuluan, maka alangkah baiknya kita kaji mengenai sejarah perkembangan Islam di Minangkabau.

Sejarah Islam Masuk ke Minangkabau

Sulit menentukan secara pasti kapan sebenarnya Islam datang ke Minangkabau.
Dari beberapa literatur, dapat disimpulkan bahwa Islam masuk ke Minangkabau pada awal abad ke -16. Islam diperkirakan masuk ke Minangkabau melalui pesisir barat dan pesisir timur pulau Sumatera.

Di pesisir barat sumatera, Islam dibawa oleh Muslim Arab, dan Gujarat, India.
Sementara di pesisir timur, pada abad 17 Masehi, kerajaan pagaruyung yang pada waktu itu pindah ke daerah Sumpur Kudus (yang notabene lebih dekat ke pesisir timur

Minangkabau sebelum datangnya Islam
Ulama pertama yang mengajarkan Islam
Tipikal dakwah pada masa Islam pertama masuk ke Minangkabau
Perlawanan dari kaum Adat